SiQA LiRiK LaGU - Online Lirik Galeri

Your Ad Here

affiliate.enter4money.com Your
Internet Cash Generator

Google
 
Web SiQA Site
MawiMay 15, 2007 4:26 pm

Artist : Mawi
Title : Angan & Sedar

Mohon selembar harapan,
Buatku sedang rawan,
Biarpun sekadar cuma senyuman,
Ikhlas kau pujaan,

Mohon sesaat berangan,
Buat ku meleraikan,
Apapun hiba dan tangisan,
Menawan segala perasaan,

Aku sedar siapa diriku,
Aku dah tahu siapa aku,
Aku sedar dan berasa malu,
Aku sangatlah mahu berterima kasih,

Sungguh,
Langsung tak pernah marah walaupun sekali seakan memahami,
Langsung tak pernah kasar dalam berbahasa menjaga maruahku,
Langsung tak pernah jeling menunjukkan benci pada diriku ini,
Buatku tak pernah akan pernah menyesal menagih cintamu biarpun membelai rindu.

Mohon secebis kasihan,
Janganku dilupakan,
Dalam lipatan kenangan,
Bercinta dikau di persimpangan,

Aku sedar siapa diriku,
Aku dah tahu siapa aku,
Aku sedar dan berasa malu,
Aku sangatlah mahu berterima kasih,

Sungguh,
Langsung tak pernah marah walaupun sekali seakan memahami,
Langsung tak pernah kasar dalam berbahasa menjaga maruahku,
Langsung tak pernah jeling menunjukkan benci pada diriku ini,
Buatku tak pernah akan pernah menyesal menagih cintamu biarpun membelai rindu.

Lalalalalala…
lalalalalalal..

Aku rela merindumu.
Aku rela merindumu.
Aku rela merindumu…

MawiDecember 15, 2005 12:48 pm

Artist : Mawi
Title : Lagu Jiwa Lagu Cinta

Menyanyi kerana gembira
Menyanyi kerana sedih
Menyanyi kerana rindu
Aduh siapa dapat membaca…
Hatiku saat ini

Menari kerana melayan
Menari kerana sunyi
Menari kerana kasih
Ada di depan masih juga tak mengerti

Gerangan apa buat ku kemari
Dalam temasya ku memencil diri
Darilah jauh asyik memandangnya
Sekalipun dia masih tak perasan…ku disini
Oh…..
Lagu jiwa
Bukan lagu mengadu nasibku
Lagu cinta
Bukan lagu meratap hidupku

Hanya nak menyatakan
Tuah dan untung badan
Diuji hebat cinta sehebat begini… hebat begini

MawiSeptember 15, 2005 1:28 pm

Artis : Mawi
Tajuk : Kian

Kian jauh
kian hilang
Kasih antara kita
Nampak tenang pada zahirnya
Tapi batin terseksa
Yang terguris tak nampak di mata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak di dada

Kemanakah nak dibawa
Resah kian melanda
Di manakah hendak ku khabar
Pilu di dalam dada
Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh

Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya
Yang kekal di sana
Biarlah kita bersama
Usahlah hanyut terus terlena
Kerana dunia

Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya sudah lama
Ku sungguh berkecil hati

MawiSeptember 1, 2005 4:55 pm

Artis : Mawi
Tajuk : Aduh Saliha

Mana rayuanku
Hendak aku sampaikan
Rindu berahiku
Pada kasih yang jauh…….
Jauh bukan jarak dan tempat
Jauh nama dan pangkat

Mana penggantimu
Hendak aku dakapkan
Dendam asmaraku
Pada cinta yang luruh
Luruh bukan daun dan hujan
Luruh jiwa dan badan

Bertahun ku sandarkan percaya
Tak mungkin terpadam cahaya
Cintamu… bagai rembulan
Hilang di pandangan
Kala langit di lindung awan…..

Aduh
Mahkota terhempas
Barulah ku sedar
Yang ku sangkakan intan
Oh……..hanyalah kaca
Sesudah berdarah
Barulah ku sedar
Jiwaku tercalar
Sakitnya bukan kepalang

Kau biarkan aku sendiri menderita seksa
Racun hidupku Saliha
Kau biarkan aku sendiri melewati sepi
Dalam hidupku Saliha
Kau biarkan aku sendiri meratapi nasib….
Dalam gelita Saliha